Vaksin

Vaksin Haji/Umrah

RM180

Bakal jemaah haji dan umrah diwajibkan mengambil suntikan vaksin Meningococcal, dan digalakkan mengambil suntikan vaksin pilihan iaitu vaksin Influenza dan vaksin Pneumococcal.

Harga Suntikan (tidak termasuk konsultasi)

Vaksin 6 dalam 1

Bayi (2 bulan, 3 bulan, 5 bulan, 1 tahun 6 bulan)
Mencegah penyakit difteria, tetanus (kancing gigi), pertussis (batuk kokol), poliomyelitis dan jangkitan Haemophilus influenza type b.

Varicella

Vaksin Cacar Air (chicken pox)

Pneumococcal

Bayi (4 bulan, 6 bulan, 1 tahun 3 bulan)
Mencegah Infeksi Pneumokokal yang disebabkan oleh 13 jenis bakteria Pneumokokus.
Untuk kanak-kanak sahaja.

MMR (Measles, Mumps, and Rubella)

Bayi (9 bulan, 1 tahun)
Untuk melindungi daripada campak, beguk dan rubella.

Rotavirus Oral(RV)

Bayi (sebelum 8 bulan)
Diberi secara oral untuk melindungi tubuh daripada jangkitan rotavirus yang menyebabkan cirit-birit dan muntah.

HPV

Human Papillomavirus atau HPV
Ia merangsang sistem imun badan untuk membangunkan antibodi untuk melawan HPV

Meningococcal

Vaksin umrah/haji
Vaksin Meningokokus, Pencegahan Meningitis Meningokokus.

Influenza

Vaksin tambahan umrah/haji
Vaksin yang memberi perlindungan daripada Influenza.

Meningococcal + Influenza

Vaksin umrah/haji

Typhoid

Vaksin typhoid diwajibkan kepada pengendali makanan bagi mengelakkan penyebaran demam kepialu seperti peniaga.

Typhoid + Buku

Vaksin typhoid diwajibkan kepada pengendali makanan bagi mengelakkan penyebaran demam kepialu seperti peniaga.

Suntikan Typhoid

Suntikan Typhoid adalah vaksin yang diberikan untuk melindungi tubuh daripada jangkitan demam kepialu (typhoid fever), yang disebabkan oleh bakteria Salmonella enterica serovar Typhi. Penyakit ini biasanya disebarkan melalui makanan atau air yang tercemar, dan ia boleh menyebabkan gejala seperti demam tinggi, sakit perut, cirit-birit, atau sembelit, serta keletihan yang teruk.

Soalan Lazim

1 | Adakah saya perlu mendapatkan vaksinasi sebelum pergi Umrah atau Haji?

Ya, vaksinasi adalah salah satu syarat wajib bagi umat Islam yang ingin menunaikan ibadah Umrah atau Haji. Pihak berkuasa Arab Saudi menetapkan beberapa vaksin yang perlu diambil oleh jemaah untuk mengelakkan penyebaran penyakit berjangkit di tanah suci.

2 | Bilakah saya perlu mendapatkan vaksinasi?

Vaksin Meningitis perlu diambil sekurang-kurangnya 10 hari sebelum berlepas.

3 | Siapa yang perlu mendapatkan vaksin Typhoid?

Mereka yang terlibat dengan penyediaan dan penjualan makanan untuk orang awam (pengendali makanan) termasuk pengajar.

4 | Adakah vaksin Varicella diperlukan untuk orang dewasa?

Ya, bagi orang dewasa yang tidak pernah mengalami cacar air atau belum divaksinasi, vaksin ini sangat disarankan untuk melindungi mereka daripada jangkitan yang boleh menyebabkan komplikasi serius.

Rawatan Lain

Pemeriksaan Darah

Full Blood Count (FBC)

PAP SMEAR

Kesihatan wanita
Ujian saringan untuk kanser serviks

Kuning Bayi

Pemeriksaan kuning bayi untuk bayi baru lahir
Jaundice