PAP SMEAR

RM80

Apakah itu PAP SMEAR?

PAP smear adalah ujian saringan yang digunakan untuk mengesan perubahan sel di serviks (leher rahim) yang boleh membawa kepada kanser.

Hubungi Kami

Papanicolaou smear
PAP SMEAR boleh dilakukan oleh wanita yang:

Berumur 21 tahun ke atas – Wanita yang berumur 21 tahun atau lebih, terutama yang aktif secara seksual, disarankan menjalani PAP smear secara berkala.

Wanita yang telah mencapai usia perkahwinan atau aktif seksual – Walaupun belum berkahwin, wanita yang telah aktif seksual juga disarankan untuk melakukan ujian ini.

Wanita yang tidak hamil

Soalan Lazim

1 | Siapa yang perlu menjalani PAP SMEAR?

Wanita yang berumur 21 tahun ke atas atau yang aktif secara seksual disarankan untuk menjalani PAP SMEAR setiap 3 tahun.

2 | Berapa kerapkah saya perlu menjalani PAP SMEAR?

Wanita berumur 21 sehingga 29 tahun disarankan menjalani PAP SMEAR setiap 3 tahun. Wanita berumur 30 hingga 65 tahun boleh memilih untuk menjalani ujian ini setiap 3 atau 5 tahun, bergantung kepada sejarah kesihatan.

3 | Adakah terdapat risiko selepas ujian PAP SMEAR?

PAP SMEAR adalah ujian yang selamat. Walau bagaimanapun, sesetengah wanita mungkin mengalami sedikit pendarahan atau keputihan selepas ujian.

4 | Apakah yang perlu saya lakukan sebelum menjalani PAP SMEAR?

Elakkan melakukan hubungan seksual, menggunakan tampon, atau menggunakan produk kebersihan faraj dalam 24 jam sebelum ujian untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat.

Rawatan Lain

Vaksin

Vaksin umrah/haji
Vaksin tifoid (typhoid) – untuk peniaga
Chicken pox
Influenza

Wound Dressing

Membalut luka kecil


Pemeriksaan Darah

Full Blood Count (FBC)