
Perancang Keluarga
Perancang Keluarga berfungsi dengan cara:
1. Menjauhkan sperma dari ovum(telur).
2. Menyekat pengeluaran ovum.
3. Menghalang implantasi telur yang disenyawakan pada dinding rahim.

Ada 3 jenis Perancang Keluarga di Klinik Hana


IUCD/IUD
5 tahun
- Keberkesanan: 99%
- Berbentuk seperti huruf ‘T’
- Pasang: RM250
Pengeluaran: RM80
Implan Kontraseptif
3 tahun
- Keberkesanan: 99%
- Sejenis rod kecil yang bersaiz seperti batang mancis.
- Pasang: RM630
Pengeluaran: RM100
Suntikan Kontraseptif
3 bulan
- Keberkesanan: 97%
- Melalui suntikan
- Pasang: RM50
Soalan Lazim
1 | Berapa lama Implan kontraseptif boleh tahan?
Ia mempunyai jangka hayat selama 3 tahun.
2 | IUCD vs Implan kontraseptif. Perancang Keluarga yang paling popular.
Kedua-duanya popular kerana berkesan, low maintenance, dan sesuai untuk semua wanita.
IUCD
Pemasangan IUCD dilakukan oleh doctor terlatih.
Mereka akan masukkan alat IUCD ke dalam rahim.
Proses ini biasanya mengambil masa 5-10 minit.
Keberkesanan: Lebih 99% berkesan.
Tempoh: 5 tahun
Implan kontraseptif
Doktor akan bius bahagian lengan sebelum masukkan rod Implan kontraseptif. Proses dalam 5-10 minit sahaja.
Keberkesanan: Lebih 99% berkesan.
Tempoh: 3 tahun
3 | Apa itu Implan kontraseptif?
Implan kontraseptif adalah implan kecil yang diletakkan di bawah kulit lengan untuk mencegah kehamilan. Ia melepaskan hormon yang menghalang ovulasi dan menebalkan mukus serviks untuk menghalang sperma daripada memasuki rahim.
4 | Bagaimana IUCD berfungsi?
IUCD bertindak dengan menghalang sperma daripada mencapai telur dan mengubah lapisan rahim supaya telur yang disenyawakan tidak boleh melekat. IUCD tembaga juga menghasilkan reaksi inflamasi yang berbahaya bagi sperma.
5 | Apa itu Suntikan kontraseptif?
Suntikan kontraseptif mengandungi hormon progestin. Ia diberikan setiap 3 bulan untuk mencegah kehamilan.
6 | Adakah rawatan ini selamat?
Semua kaedah perancang keluarga yang disebutkan adalah selamat untuk kebanyakan wanita. Walau bagaimanapun, doktor akan membuat penilaian kesihatan sebelum menetapkan kaedah yang sesuai untuk anda.
7 | Adakah rawatan ini boleh dilakukan semasa menyusui?
Ya, kebanyakan kaedah kontraseptif ini selamat digunakan semasa menyusui, tetapi setiap individu berbeza. Kami akan memberi nasihat tentang pilihan terbaik berdasarkan keperluan anda.
8 | Bagaimana saya tahu jika perancang keluarga saya berfungsi dengan baik?
Perancang keluarga yang berfungsi dengan baik akan memastikan anda tidak hamil, tetapi untuk memastikan keberkesanan, anda perlu melakukan pemeriksaan berkala dengan doktor. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau kebimbangan, doktor akan memberi nasihat tentang tindakan seterusnya
Rawatan Lain
UJIAN NIPT/NICC
Noninvasive Prenatal Testing (NIPT)
Untuk mengesan Syndrome pada kandungan.

Sunat Bayi Perempuan
Menggunakan jarum
Doktor wanita
Rawatan singkat

Ultrasound 2D 5D TVS Anatomy Scan
Jantina Bayi
Muka Bayi
Pembesaran bayi
